BERANI BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
19 April 2009
UMNO KINI SAMA SAHAJA
Alhamdulillah komentar tentang UMNO dahulu dibandingkan dengan UMNO kini berlegar di ruang segenap yang kurang memahami rentetan perjuangan UMNO itu sebenarnya. Usaha kami untuk memberi kefahaman muda-mudi memahami UMNO itu bukanlah untuk dibandingkan zaman UMNO dahulu dan zaman UMNO kini. Justeru menyegarkan minda kita semula betapa peritnya perjuangan datuk nenek kita dahulu dalam memerdekakan tanah air tercinta. Masakkan yang dimasak oleh ibu kita tentu lebih sedap berbanding dengan isteri waima kita sudah berumahtangga sekalipun. Kita tidak menentang pendapat saudara-saudari, kerana hak saudara mengutarakan pendapat. Anak muda kini perlu mengenal UMNO dahulu dari sudut sejarah bangsa mereka, tuntutan yang perlu diamati oleh kepimpinan UMNO kini. Kalau kita kata masakkan ibu sedap begitu juga dengan UMNO mesti kita hayati terlebih dahulu.
Sejarah tidak boleh dipadamkan
KEBIASAAN zaman moden yang memprojek nilai-nilai dewasa ini ke masa lampau adalah salah, demikian menurut tokoh sejarah. Pepatah Cina pula mengingatkan: Mata tidak boleh melihat bulu mata sendiri.
Kerana, muncul kini ialah desakan supaya dipadam sebahagian pelajaran sejarah di sekolah untuk memenuhi tuntutan perkauman. Awang Selamat dalam pojoknya minggu lalu menulis: "Nampaknya sejarah negara mahu ditulis semula mengikut apa yang dimahukan dan bukannya berdasarkan fakta. Maka makin jelas bahawa bukan sahaja sisa kekuatan politik Melayu yang ada ini mahu dikuburkan malah sejarahnya juga mahu dinafikan''.
Pelbagai mimpi sesetengah gambong-gambong politik ada kalanya seperti disebut dalam dunia politik Inggeris merciless, vengeful - kejam, berdendam. Pelbagai perkara yang telah dipersetujui secara muafakat mahu digunting begitu saja untuk mencapai kuasa bagi diri sendiri.
Memberi pelajaran dengan itu ialah aspek-aspek sejarah dalam Monograph Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society yang menyambut ulang tahunnya yang ke-130 (1877-2007). Antara yang memberi sumbangan ialah Profesor-profesor Nicholas Tarling, Cheah Boon Kheng, Wang Gungwu, Ken Tregonning dan John Gullick. Prof. Cheah, antara lain menulis mengenai kontroversi politik yang tercetus manakala Alex Josey, seorang bekas wartawan British menyatakan bahawa orang Melayu tiada sejarah selain dari menjadi perompak lanun. Beliau membuat kesimpulan itu setelah membaca buku Dr. Tarling, Piracy and Politics in the Malay World (1963).
Lalu Prof. Cheah segera pergi ke toko buku berhampiran untuk membeli suatu naskhah. Setelah membacanya beliau berpendapat bahawa Alex Josey telah tersalah baca atau sengaja memutar tulisan Tarling, ketika itu di Universiti Queensland, Australia.
Walhal, buku Tarling cuba menunjukkan betapa pihak British, "membesar- besarkan peristiwa-peristiwa perompak lanun dan menggunakan istilah itu untuk mengisahkan lain-lain perompak dan keganasan yang dihadapinya".
Jawatan
Prof. Cheah menyebut mengenai Malaysianisasi pelbagai jawatan akademik lewat dilaksanakan dan hanya dipenuhi setelah Dasar Ekonomi Baru berlaku pada tahun 1970 di bawah pimpinan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.
Dasar Ekonomi Baru itu mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.
Selanjutnya dicatat syarahan Prof. Tregonning di Singapura pada tahun 1958 yang mengkritik para sejarawan Barat, seperti R.O Windstedt dan D.G.E Hall kerana bersikap Europe-Centric. Lalu beliau menyeru para pelajar di Singapura dan Malaysia: "Asia, bukan orang Eropah di Asia, mestilah menjadi tema kita."
Prof. Cheah sendiri pula bukan saja membuat penyelidikan mengenai nasib para petani, tetapi juga menulis sejarah Melayu pra-penjajahan, nasionalisme dan hubungan antara pelbagai kaum.
Prof. Wang Gungwu pula menyentuh sejarah Melaka menjadi tanah jajahan Portugis dan Batavia tanah jajahan Belanda, lalu menambah: "Ini tidak bererti bahawa orang Melayu dan Jawa tidak mempunyai empayar sendiri. Empayar mereka atau sebahagian darinya terus hidup berkurun-kurun lamanya".
Sejarawan Yong Ching Fatt menulis mengenai kepimpinan China di Malaya semasa pemerintahan British. Antara yang disebut ialah peranan Kuomintang China pimpinan Jeneral Chiang Kai-Shak dan asal-usul gerakan komunis di Malaya. Lantas beliau menulis:
"Komunisme China dan Komunisme Malaya lahir dari luar dan untuk terus hidup mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaya."
Menurutnya lagi, pihak British berjaya membendung gerakan komunis melalui tindakan undang-undang, kegiatan pihak Special Branch, kegiatan anti-komunis dan kekuatan tentera. Gerakan Komunis juga gagal kerana tiada sokongan daripada orang Melayu yang berjiwa kebangsaan. Seperti diakui sejarah Malaysia bukan hanya mengenai pemerintahan raja-raja, penjajahan-penjajahan Portugis, Belanda dan British serta golongan atasan atau elit, tetapi juga menyentuh social history.
Antara yang diceritakan ialah nasib penarik beca Melayu di Kota Bharu, Kelantan tahun 1960an-1980an sebagai "orang tengah para pelacur". Hal ini ditulis oleh Haryati dan Hamidi Abd Hamid.
Maklumat diperolehi daripada pemandu-pemandu beca daripada para pelacur dan daripada sumber-sumber rasmi, termasuk pejabat Menteri Besar, polis dan penasihat undang-undang.
Lalu dicatat bahawa kira-kira 7,000 keluarga bergantung kepada penarik beca, iaitu yang termiskin sekali di Kelantan. Sebilangan memiliki beca sendiri dan sejumlah besar menyewa daripada peniaga-peniaga China. Sewa tiap satu RM1.20 hingga RM1.40 sen sehari. Pendapatan pula RM3.50 hingga RM4.50 sehari.
Wajar dicatat dari negara asing ialah sejarah Zimbabwe di Afrika yang dulu bernama Rhodesia pemerintahan kulit putih yang minoriti. Tanah-tanah begitu luas dimiliki oleh pendatang-pendatang kulit putih yang menjajah hinggalah akhirnya Zimbabwe milik kulit hitam yang majoriti mencapai kemerdekaan.
Sebelumnya ialah sejarah Afrika Selatan begitu lama dijajah oleh pendatang kulit putih dengan dasar apartheid. Akhirnya dasar menindas itu ditamatkan dan majoriti kulit hitam mencapai kebebasan. Presiden kulit hitam yang pertama Nelson Mandela puluhan tahun meringkuk dalam penjara.
Orang Melayu yang dijajah mencapai kemerdekaan melalui perjuangan UMNO dan kerjasama pihak MCA dan MIC. Dari Perikatan lahir Barisan Nasional pimpinan Tun Razak. Masakan ini boleh dipadam? Demikian juga kedaulatan bahasa, Dasar Ekonomi Baru yang menebus peminggiran orang Melayu. Dan dari Malaya merdeka lahir Malaysia bahtera negara terus belayar.
Penulis ialah konsultan kanan ISIS Malaysia. Pandangan penulis adalah pendapat peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan ISIS.
FAHAMI UMNO BERDASARKAN SEJARAH TERLEBIH DAHULU
SETELAH lebih 400 tahun dicengkam dan ditadbir urus penjajah, timbul kesedaran yang jitu di minda masyarakat Melayu usaha untuk membebaskan diri dengan memulakan gerakan penentangan sama ada secara terang-terangan ataupun sembunyi.
Terbit inspirasi tersebut kesan pengaruh perjuangan politik di bahagian lain di dunia dan semakin semarak kesan perang dunia kedua, yang menyebabkan timbul kesedaran yang tinggi di kalangan orang-orang Melayu yang berkeyakinan mentadbir negara sendiri.
Lantaran itu, orang Melayu mula menuntut kemerdekaan dan menggerakkan usaha ke arah penyatuan bangsa Melayu bagi merealisasikan kemerdekaan ini (tanpa menafikan sumbangan dari kaum lain).
Ketika itu, orang Melayu mula menyusun strategi bagi menentang penjajah dengan membangkitkan semangat penyatuan ummah dan memberi kesedaran kepada orang-orang Melayu bahawa mereka sedang ditindas dengan secara halus melalui pecah dan perintah.
Penentangan terhadap penjajah mencapai kemuncak apabila mereka ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai koloni mereka menerusi rancangan pembentukan Malayan Union. Kesedaran ini mendorong orang-orang Melayu untuk bersatu atas usaha yang dipelopori oleh Onn Jaafar bersama tenaga penggeraknya.
Orang-orang Melayu yang ‘berpecah’ sebelum ini berdasarkan sentimen kenegerian dan keturunan mempunyai pertubuhan sendiri di setiap negeri, timbul kesedaran perlunya bersatu padu bagi menghadapi anasir yang mengancam kedudukan bangsa Melayu.
Ini menyebabkan tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO, awalnya dikenali sebagai PEKEMBAR), sebagai wadah perjuangan di peringkat kebangsaan bangun menentang rancangan Malayan Union.
Setelah berjaya menggagalkan rancangan Malayan Union, kesedaran orang Melayu semakin meningkat dengan memperjuangkan kemerdakaan negara dengan jelas dan lantang.
Tanggal 31 Ogos 1957 hasil perundingan yang berhemah antara pemimpin negara dengan kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Persoalan pula timbul ketika itu, bagaimana kerajaan mengisi kemerdekaan, kerana ada negara yang lebih memikirkan perubahan sistem pemerintahan dengan teori-teori dan ideologi tertentu setelah mencapai kemerdekaan.
Maka, berdasarkan pengalaman dan pengamatan, beberapa negara yang muncul pelbagai teori dan pandangan yang dikemukakan sehingga membangkitkan idealisme yang tidak memberi perhatian serius kepada realiti dan masalah yang benar-benar dihadapi oleh rakyat. Akibatnya, proses pengisian kemerdekaan itu tidak mendatangkan manfaat kepada negara dan rakyat.
Tetapi, hasil kebijaksanaan pemimpin negara pada waktu itu, mereka lebih menjuruskan kepada bagaimana hendak mengekalkan keamanan dan kerjasama antara kaum serta memajukan bangsa Melayu yang jauh ketinggalan dalam ekonomi.
Di samping mengekalkan kestabilan politik, mereka menggembleng usaha dengan menumpukan perhatian kepada pendidikan dan pelajaran seiring dengan membangunkan negara. Formula ini ternyata membuahkan hasil sebagaimana dilihat sekarang.
Semua hasil ini, melibatkan kesungguhan pemimpin-pemimpin negara memainkan peranan dan tugas masing-masing memacu tanah air ini dengan mementingkan perpaduan dan persefahaman antara kaum, pembahagian hak kepada yang berhak dan memakmurkan ekonomi masyarakat setempat.
Justeru itu, jika membicarakan soal kejayaan dan kecemerlangan, waima bidang sukan sekalipun, bersatu adalah resepi utamanya.

PERISTIWA UMNO YANG PERLU DIBACA
Januari 1946 Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah.
3 Januari 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union.
4 Mac 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini disertai oleh 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Kongres Melayu memutuskan untuk menubuhkan satu badan bagi mewakili orang-orang Melayu menentang Malayan Union.
29 dan 30 Mac 1946 Kongres Melayu mengambil keputusan memulau istiadat penubuhan Malayan Union.
1 April 1946 Malayan Union dengan rasminya ditubuhkan dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor. Hak-hak orang Melayu diketepikan.
11 dan 12 Mei 1946 Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar, Johor Bahru. Dalam Kongres ini Piagam UMNO telah diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO). Dato’ Onn bin Jaafar dipilih sebagai Yang DiPertua.
29 dan 30 Jun 1946 Mesyuarat Agung UMNO pertama diadakan di Ipoh, telah melantik Datuk Haji Abdul Wahab (Panglima Bukit Gantang) sebagai Setiausaha Agung dan menetapkan corak bendera UMNO.
27 dan 28 Julai 1946 Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang telah mengadakan istiadat mengibar bendera UMNO.
10-12 Januari 1947 Mesyuarat Agung UMNO di Alor Setar, Kedah membincangkan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan contoh perjanjian negeri-negeri Melayu telah disusun oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotaiseramai 12 orang.
11- 13 Mei 1947 Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Kota Bharu, Kelantan berdebat mengenai perlunya parti menubuhkan cawangan di seluruh negara dan tidak hanya sebagai gabungan persatuan-persatuan Melayu sahaja. Dato’ Haji Abdul Wahab meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan digantikan oleh Encik Zainal Abidin bin Abas.
2 – 4 September 1947 Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Johor Bahru mengadakan ketetapan mewujudkan derma pelajaran kepada anak-anak Melayu. 21 Januari 1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu di King’s House, Kuala Lumpur.
1 Februari 1948 Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya pemerintahan Malayan Union.
28 dan 29 Mei 1949 Persidangan Majlis Agung UMNO di Balai Rong, Arau, Perlis telah memutuskan satu perlembagaan baru membolehkan orang perseorangan mendaftar terus dan UMNO tidak lagi terdiri daripada pertubuhan yang bergabung dan sebagainya. Dengan itu juga, struktur pentadbiran UMNO berubah menjadikannya empat peringkat iaitu Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan. Terdapat tiga pertubuhan yang tidak bersetuju dengan perubahan untuk menjadi Ahli Bergabung dengan UMNO.
25 Ogos 1949Perhimpunan Agung Kaum Ibu UMNO diadakan di Butterworth, satu badan yang dikenali sebagai ‘Badan Ahli-ahli Perempuan UMNO’ telah diwujudkan dan Cik Putih Mariah Ibrahim Rashid telah dipilih sebagai Ketua. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, nama badan tersebut ditukar kepada Pergerakan Wanita.
26 Ogos 1949 Persidangan Agung wakil-wakil Pemuda di Butterworth telah melantik Kapten Hussein Onn sebagai Ketua/Setiausaha Hal Ehwal Pemuda dan Dato’ Onn Jaafar sebagai Penasihat. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1955, ia di namakan Pergerakan Pemuda. Keputusan untuk menubuhkan sebuah Pergerakan Pemuda sebenarnya telah ditetapkan di dalam Undang-undang tubuh UMNO yang diluluskan pada 29 Mei 1946.
20 Februari 1950 UMNO menganjurkan perjumpaan alim ulama Se-Malaya di Muar, Johor bagi memperjuangkan soal-soal keagamaan yang akan dibuat melalui UMNO.
11 Jun 1950 Cadangan Kerakyatan Communities Liaison Committee (CLC) diterima. Persidangan yang berlangsung di Kuala Lumpur ini telah menyaksikan ucapan-ucapan hangat, kecaman dan tuduhan berat terhadap Dato’ Onn bin Jaafar berkenaan isu kerakyatan cadangan CLC. Bagamaimanapun cadangan kerakyatan diterima dengan pindaan berikut: Menambah syarat-syarat kelahiran ibu/bapa bagi anak-anak yang dilahirkan di Negeri-negeri Melayu untuk menjadi rakyat Raja Melayu. Mereka yang tidak lahir di sini boleh memohon tetapi jika ada bukti telah menetap di sini dalam tempoh yang tertentu tanpa putus-putus dan sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Raja Melayu.
12 Jun 1950 Dato Onn yang kecewa dengan sikap ahli-ahli UMNO terhadapnya telah meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua pada hari kedua Persidangan.
20 Julai 1950 Satu rombongan dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian UMNO dan penduduk kampung telah berarak ke rumah Dato' Onn di Johor Bahru untuk memujuk beliau menyertai semula UMNO. Beliau bersetuju memimpin UMNO semula dengan syarat beliau tidak dikecam lagi.
27-29 Ogos 1950 Pada Persidangan tahun ke-5, Dato’ Onn bin Jaafar telah diberi sambutan yang meriah dan beliau memegang semula jawatan Yang DiPertua. September 1950 Cadangan UMNO mengenai Rakyat diluluskan dan dihantar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-negeri Melayu. Ia telah menjadi asas kepada Undang-undang Kerakyatan 1951.
4 Februari 1951 Seorang wakil dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah mencadangkan agar slogan ‘Hidup Melayu’ ditukarkan kepada ‘Merdeka’, sewaktu Persidangan Agung UMNO di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak diadakan.
23 dan 25 Mac 1951 Persidangan Agung UMNO Setengah Tahun diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur telah meluluskan slogan ‘Merdeka’ sebagai seruan rasmi UMNO.
Jun 1951 Pada November 1950, Dato’ Onn bin Jaafar membuat cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO kepada United Malayan Organization. Beliau mahukan orang-orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik yang bersifat ‘Malayan’. Penglibatan beliau dalam RIDA dan Ahli Dalam Negeri telah mendedahkan beliau kepada dasar pentadbiran British yang ingin ‘meMalayankan’ Tanah Melayu. Beliau bimbang orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka. Bagaimanapun UMNO tidak dapat menerima idea Dato’ Onn bin Jaafar dan tidak yakin bahawa semua dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama ahli berbagai kaum serta mendatangkan faedah kepada orang-orang Melayu.
25 dan 26 Ogos 1951 Persidangan Agung UMNO diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Dato’ Onn bin Jaafar mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan Tunku Abdul Rahman Putra Al–Haj dipujuk untuk bertanding jawatan Yang DiPertua oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipilih menjadi Yang DiPertua UMNO mengalahkan Haji Ahmad Fuad, manakala Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua.
8 Januari 1952 UMNO Bahagian Kuala Lumpur telah mencapai kata sepakat dengan MCA Selangor bagi menghadapi pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.
23 Ogos 1953 Perikatan UMNO-MCA menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan bagi membincang langkah-langkah mencapai kemerdekaan dan bersetuju menubuhkan Perikatan.
1 Februari 1954 Penyata Pilihan Raya telah diumumkan oleh kerajaan dan menerima bantahan kerana tidak bersetuju dengan jumlah kerusi dan tarikh pilihanraya. Gerakan menentang kertas putih laporan pilihanraya telah membuka mata MIC untuk berbaik-baik dengan Perikatan UMNO-MCA. Maka Presiden MIC, K.L. Devaser telah mengadakan satu siding khas bagi mengetahui pendirian ahli-ahli partinya. Hasilnya majoriti ahli MIC menyokong penyertaan dalam Perikatan.
Pada April 1955, setelah rundingan diadakan, UMNO-MCA-MIC diterima dengan rasminya sebagai parti rakan dalam Perikatan. Perikatan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu dan menjadikan usaha menuntut kemerdekaan lebih lancar.
27 Julai 1955 Pilihan Raya Persekutuan diadakan, sebanyak 52 kerusi dipertandingkan dan Perikatan memenangi 51 kerusi.
31 Julai 1955Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Yang DiPertua UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan peralihan setelah Perikatan memenangi Pilihanraya Persekutuan. Pembukaan rasmi Rumah UMNO di Batu Road (Jalan Tuanku Abdul Rahman) Kuala Lumpur oleh Sultan Hishamuddin, Sultan Selangor Darul Ehsan.
26 dan 27 Disember 1955 Dalam Persidangan Agung UMNO, Usul Pergerakan Pemuda mahukan tarikh kemerdekaan Malaya dipercepatkan kepada 31 Ogos 1957 telah diluluskan. Sebelum itu Tun Sardon telah ke Pulau Pinang menemui Haji Ahmad Badawi di rumahnya di Kepala Batas. Turut berada di situ ialah Haji Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi) yang merupakan seorang ahli falak, dan beliau telah melihat ramalan dari ilmu falak bahawa kemerdekaan negara tidak boleh dilewatkan bagi mengelakkan pelbagai angkara dari berlaku dan memberi tarikh tersebut sebagai tarikh Kemerdekaan.
1 Januari 1956 Tunku Abdul Rahman Putra Al–Haj, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Tun Dr. Ismail Dato’ Abdul Rahman, Tan Sri Nik Ahmad Kamil, Tun H.S. Lee, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain bertolak ke London bagi rundingan menuntut Kemerdekaan.
31 Ogos 1957 Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri manakala Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
19 Ogos 1959 Pilihanraya Umum yang pertama selepas Merdeka bagi merebut 104 kerusi Dewan Rakyat. UMNO memenangi 51 daripada 69 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Luar Bandar.
27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman Putra menyuarakan gagasan Malaysia dalam satu majlis anjuran Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di Singapura.
4 November 1961 Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Perbandaran Kuala Lumpur. Persidangan ini mengambil ketetapan menyokong cadangan penubuhan Malaysia.
21 Jun 1962 Laporan Suruhjaya Cobbold menunjukkan rakyat negeri Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.
23-25 Jun 1962 Konvensyen Pergerakan Permuda UMNO diadakan bagi menyatukan tenaga Pemuda dalam memelihara masa depan negara.
25 April 1964 Pilihanraya Umum bagi kerusi Parlimen dan Negeri serentak di Semenanjung kali kedua diadakan. Dalam pilihanraya ini UMNO memenangi 59 kerusi daripada 69 kerusi yang dipertandingkan.
20 Mei 1964 Majlis Kerja Tertinggi UMNO membincangkan soal mengembangkan UMNO ke Sabah dan Sarawak.
2 Mac 1965 Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan susunan pentadbiran Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO diselaraskan dengan pentadbiran UMNO Malaysia.
10 Mei 1969 Pilihan Raya Umum kali ketiga diadakan. UMNO memenangi 51 kerusi daripada 67 kerusi yang dipertandingkan dan dalam pilihanraya ini Perikatan mengalami kemerosotan kerusi.
13 Mei 1969 Peristiwa pergaduhan kaum di Kuala Lumpur membawa kepada penubuhan kerajaan darurat (MAGERAN) bagi mengamankan keadaan.
22 September 1970 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Abdul Razak Dato’ Hussein sebagai Perdana Menteri yang baru.
23 dan 24 Januari 1971 Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO di Merlin Hotel, Kuala Lumpur, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengundur diri sebagai Yang DiPertua UMNO dan Tun Haji Abdul Razak Dato’ Hussein telah dipilih sebagai Yang DiPertua UMNO yang baru.
Februari 1971 Parlimen dipulihkan dan pemerintahan MAGERAN tamat. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru serentak dengan Rancangan Malaysia ke-2 diadakan di Dewan Rakyat. Pindaan Perlembagaan Negara yang melarang perbincangan hak-hak kaum diluluskan.
11 Mei 1971 Perayaan 25 tahun UMNO disambut secara besar-besaran di Kuala Lumpur.
1 Januari 1973 Penubuhan rasmi kerajaan Perikatan-PAS di peringkat Negeri dan Pusat.
2 Ogos 1973 Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Timbalan Presiden UMNO telah meninggal dunia dan Tun Hussein Onn memangku jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.
13 Ogos 1973 Rombakan kecil kabinet berikutan dengan kematian Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Ghazali Shafie sebagai Menteri Dalam Negeri.
17 Januari 1974 Perjumpaan antara beberapa buah parti dalam kerajaan campuran bagi membincangkan pelaksanaan konsep ‘Barisan Nasional’.
1 Jun 1974 Barisan Nasional didaftarkan secara rasminya.
23 Ogos 1974 Pilihan Rraya umum ke-4. Barisan Nasional memenangi 135 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan calon UMNO memenangi semua kerusi yang diperuntukkan iaitu sebanyak 61 kerusi.
30 November 1975 Sidang Khas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memberi kepercayaan kepada Dato’ Harun Idris selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
14 Januari 1976 Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein meninggal dunia di London kerana penyakit leukemia dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Tun Hussein Onn mengantikanbeliau sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO.
5 Mac 1976 Pembentukan kabinet baru Tun Hussein Onn. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
17 Disember 1977 PAS terpecat dengan sendirinya dari Barisan Nasional kerana enggan menyokong Rang Undang-undang bagi mengisytiharkan darurat di Kelantan.
8 Julai 1978 Pilihanraya umum yang ke-5. UMNO memenangi 69 kerusi daripada 74 kerusi yang dipertandingkan.
11 Mac 1978 Pilihanraya Negeri Kelantan diadakan setelah pemerintahan darurat ditamatkan. Barisan Nasional berjaya menamatkan pemerintahan PAS yang berkuasa sejak 1959.
15 September 1978 Perhimpunan Agung UMNO di Hotel Hilton, Kuala Lumpur telah memilih Tun Hussein Onn sebagai Presiden UMNO dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Presiden.
30 Mei hingga 1 Jun 1980 Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran UMNO diadakan di Kuala Lumpur bagi merumuskan langkah-langkah menambahkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
15 Mei 1981 Tun Hussein Onn mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO. Jun 1981 Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Hotel Hilton dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dipilih sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding dan Dato’ Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden dengan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.
22 April 1982 Dalam Pilihan Raya Umum yang ke-6, Barisan Nasional telah menang besar dengan memperoleh 132 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 70 kerusi daripada 75 kerusi yang dipertandingkan.
9 September 1982 Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dato’ Seri Anwar Ibrahim menewaskan Dato’ Haji Suhaimi Kamaruddin dengan kelebihan 10 undi, bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.
25 Januari 1984 Majlis Tertinggi UMNO bersetuju USNO dipecat daripada Barisan Nasional kerana menentang tindakan menjadikan Labuan sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan.
26 September 1985 Perasmian Kompleks Bangunan UMNO yang dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra, di Jalan Tun Ismail oleh Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.
29 Februari 1986 Dato’ Musa Hitam menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.
29 Februari 1986 Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO membincangkan perletakan jawatan Dato’ Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Keputusan mesyuarat bersetuju memujuk Dato’ Musa Hitam agar kekal di jawatan Timbalan Presiden UMNO.
7 Mei 1986 YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengantikan Dato’ Musa Hitam.
3 Ogos 1986 Pilihan Raya Umum yang ke-7, peringkat kebangsaan dan negeri-negeri (Semenanjung). Barisan Nasional memenangi 148 daripada 177 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 83 kerusi daripada 86 kerusi yang diperuntukkan.
24 April 1987 Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 1987, di mana Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi bagi jawatan Presiden. YAB Encik Ghaffar Baba pula menewaskan Dato’ Musa Hitam dengan majoriti 40 undi bagi jawatan Timbalan Presiden.
25 Julai 1987 Kumpulan 12 ahli UMNO (kemudian seorang menarik diri) mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi supaya mengisytiharkan pemilihan UMNO pada 24 April 1982 batal dan tidak sah.
4 Februari 1988 Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan tidak sah kerana menerima wakil dari cawangan-cawangan yang tidak berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian sehingga membawa kepada pengharaman UMNO.
13 Februari 1988 Permohonan bagi mendaftarkan UMNO (Baru) dikemukakan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
16 Februari 1988 UMNO secara rasmi diterima untuk menganggotai semula Barisan Nasional.
28 Januari 1989 Pilihan Raya kecil bagi kawasan Parlimen Ampang Jaya, calon BN dari MCA, Ong Tee Kiat menewaskan calon Semangat 46 iaitu Dato’ Harun Idris.
29 Mei 1990 Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn meninggal dunia di San Francisco kerana sakit jantung dan jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
21 Oktober 1990 Pilihan Raya Umum yang ke 8, diadakan dan Barisan Nasional memenangi 127 kerusi daripada 180 kerusi yang dipertandingkan. UMNO memenangi 71 daripada 86 kerusi yang diperuntukkan.
6 Disember 1990 Perdana Menteri yang pertama dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazahnya dikebumikan di Makam DiRaja Alor Setar, Kedah.
21 Februari 1991 Presiden UMNO , Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan UMNO Sabah dan YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang pertama.
15 Oktober 1993 YAB Encik Ghaffar Baba meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
4 November 1993 Perhimpunan Agung UMNO 1993, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO, kemudian pada 1 Disember 1993 dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
April 1995 Pilihanraya Umum yang ke-9, UMNO memenangi 89 kerusi Parlimen daripada 102 kerusi yang dipertandingkan. 5 September 1997 Perhimpunan Agung Khas UMNO telah mencadangkan agar perkataan ‘Baru’ pada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) dimansuhkan. Dengan itu nama yang diguna pakai ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
2 September 1998 Mesyuarat Majlis Tertinggi telah memecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah guna kuasa dan perlakuan sumbang oleh mahkamah.
2 Januari 1999 Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. November 1999 Pilihan raya Umum yang ke-10, UMNO memenangi 72 kerusi Parlimen daripada 104 kerusi yang dipertandingkan.
11 Mei 2000 Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO. Oktober 2000 Majlis Tertinggi UMNO bersetuju menubuhkan Lembaga Disiplin UMNO yang dianggotai oleh ahli-ahli yang tidak mempunyai kepentingan tertentu dalam politik.
12 Januari 2001 Tokoh veteran UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baru ditubuhkan.
8 Februari 2001 Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS mencadangkan tarikh 19 Februari 2001 sebagai tarikh pertemuan kedua-dua parti tersebut. Dalam pertemuan ini, setiap parti akan diwakili oleh enam orang ahli yang diketuai oleh Presiden parti.
16 Februari 2001Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS bermesyuarat. PAS mengenakan tiga tuntutan untuk merialisasikan pertemuan ini iaitu: i - mengembalikan royalti minyak (wang ihsan) Kerajaan Terengganu yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. ii - membenarkan penerbitan akhbar rasmi parti Harakah dua kali seminggu dan menolak cadangan UMNO untuk membuang perkataan ‘Islam’ dalam parti politik. Bagi pihak UMNO, pertemuan UMNO-PAS tersebut hanya tertumpu kepada kepentingan orang Melayu yang terbahagi kepada empat agenda seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu: i - Hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan ii - Agama Islam sebagai agama rasmi, dan; iii - Status Raja-raja Melayu Pertemuan UMNO-PAS gagal dilaksanakan pada tarikh yang dicadangkan dan ditangguhkan.
30 Mac 2001 Azalina Dato’ Othman Said dilantik sebagai Ketua Penaja Puteri UMNO, dengan dianggotai oleh 20 orang Jawatankuasa Penaja. Tujuh orang daripadanya dilantik oleh ahli Majlis Tertinggi manakala 13 orang yang lain dipilih melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri.
27 Julai 2001 Sekretariat bebas ditubuhkan bagi meneliti rayuan ahli-ahli UMNO berkaitan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sekretariat panel rayuan ini diketuai oleh Datuk Mohd. Zuki Kamaluddin.
10 Mei 2002 Majlis Tertinggi UMNO bersetuju supaya Ketua Puteri UMNO diiktiraf sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO setaraf dengan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda kerana mereka juga adalah sebagai sayap UMNO.
22 Jun 2002 Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas diadakan bagi: i - membincangkan pengumuman Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan serta mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berikutan pengumuman perletakan jawatan tersebut. ii - bersetuju meminta semua Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri supaya memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai senario sebenar dan menyetujui bahawa Dato’ Seri Dr. Mahathir akan kekal memegang semua jawatan seperti biasa.
25 Jun 2002 Majlis Tertinggi menghormati hasrat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada Oktober 2003 dan menyokong rancangan peralihan kuasa yang digariskan.
3 Ogos 2003 Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
31 Oktober 2003 Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, Perdana Menteri dan Bendahari UMNO. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyandang jawatan sebagai Pemangku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
21 Mac 2004Pilihan raya umum ke-11. UMNO memenangi 199 kerusi Parlimen daripada 219 kerusi yang dipertandingkan. Ia adalah pencapaian paling cemerlang Barisan Nasional dalam sejarah pilihan raya.
16 September 2004 Majlis Tertinggi sebulat suara bersetuju menutup pintu terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang usaha untuk membawanya kembali ke dalam parti.
23 September 2004 Perhimpunan Agung UMNO 2004 memilih Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Presiden.
3 Disember 2004 Majlis Tertinggi menolak cadangan untuk menubuhkan Pergerakan Veteran UMNO sebagai sayap baru parti tetapi bersetuju supaya ia hanya berbentuk Kelab Veteran UMNO bagi membolehkan golongan tersebut terus menyumbang kepada parti 5 Februari 2005 Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menetapkan sasaran membentuk personaliti ‘Melayu Unggul’ (Towering Malays) dalam Majlis Amanat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC.
25 Mac 2005 Majlis Tertinggi meluluskan penubuhan Putera UMNO sebagai satu gerakan baru Pemuda ke arah memantapkan lagi perjuangan parti dan ia lebih bersifat kepada aktiviti sosial.
11 Mei 2005 Presiden UMNO Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan 11 Mei sebagai ‘Hari UMNO’ dan dalam majlis yang sama Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Ismail dipilih sebagai penerima anugerah Melayu Terbilang.
19 Jun 2005 Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi merasmikan penubuhan Putera UMNO, di Stadium Hang Tuah, Melaka.
21 Januari 2006 Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melancarkan kempen penambahan ahli baru yang dinamakan ‘Keluargaku Ahli UMNO’ di Dewan Merdeka, PWTC. Kempen ini mensasarkan peningkatan bilangan ahli sebanyak 10 peratus atau 330,000 anggota baru menjelang pertengahan tahun 2006 dengan menekankan kualiti ahli dan menggunakan kekuatan hubungan kekeluargaan ahli UMNO sendiri.
23 April 2006 Mantan Timbalan Presiden UMNO, Tun Abdul Ghafar Baba kembali ke rahmatullah dalam usia 81 tahun di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Allahyarham mengabdikan hampir seluruh hidupnya dalam perjuangan politik tanah air termasuk menentang perjuangan menuntut kemerdekaan sekitar tahun 1940-an. Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
United Malay National OrganisationUMNO
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO) adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak merdeka lagi. Ia dikenali sebagai penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam tulen, yang memperjuangkan bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir.
Kepimpinan terdahulu perlu diteladani dan perlu dijadikan pedoman bagi pejuang-pejuang setia UMNO masa kini. hakikatnya perlu kita sedari bahawa walau apapun kejayaan yang diperolehi UMNO masih ada kelemahan terdahulu perlu diatasi. InsyaAllah saya berkeyakinan penuh usaha yang akan dilakukan pemimpin masa kini akan menjadi yang terbaik buat rakyat Malaysia. Justeru sorotan kepimpinan terdahulu wajar diketahui dan patut dijadikan pedoman buat ahli UMNO. Mereka wira kita, wajar dihormati dan diberi penghormatan.
Zaman Dato Onn
Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951
Zaman Tunku Abdul Rahman
Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
Zaman Tun Abdul Razak
Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.
Zaman Tun Hussein Onn
Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad
UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.
Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi
Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.
Langgan:
Catatan (Atom)