19 April 2009

FAHAMI UMNO BERDASARKAN SEJARAH TERLEBIH DAHULU



SETELAH lebih 400 tahun dicengkam dan ditadbir urus penjajah, timbul kesedaran yang jitu di minda masyarakat Melayu usaha untuk membebaskan diri dengan memulakan gerakan penentangan sama ada secara terang-terangan ataupun sembunyi.
Terbit inspirasi tersebut kesan pengaruh perjuangan politik di bahagian lain di dunia dan semakin semarak kesan perang dunia kedua, yang menyebabkan timbul kesedaran yang tinggi di kalangan orang-orang Melayu yang berkeyakinan mentadbir negara sendiri.
Lantaran itu, orang Melayu mula menuntut kemerdekaan dan menggerakkan usaha ke arah penyatuan bangsa Melayu bagi merealisasikan kemerdekaan ini (tanpa menafikan sumbangan dari kaum lain).
Ketika itu, orang Melayu mula menyusun strategi bagi menentang penjajah dengan membangkitkan semangat penyatuan ummah dan memberi kesedaran kepada orang-orang Melayu bahawa mereka sedang ditindas dengan secara halus melalui pecah dan perintah.
Penentangan terhadap penjajah mencapai kemuncak apabila mereka ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai koloni mereka menerusi rancangan pembentukan Malayan Union. Kesedaran ini mendorong orang-orang Melayu untuk bersatu atas usaha yang dipelopori oleh Onn Jaafar bersama tenaga penggeraknya.
Orang-orang Melayu yang ‘berpecah’ sebelum ini berdasarkan sentimen kenegerian dan keturunan mempunyai pertubuhan sendiri di setiap negeri, timbul kesedaran perlunya bersatu padu bagi menghadapi anasir yang mengancam kedudukan bangsa Melayu.
Ini menyebabkan tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO, awalnya dikenali sebagai PEKEMBAR), sebagai wadah perjuangan di peringkat kebangsaan bangun menentang rancangan Malayan Union.
Setelah berjaya menggagalkan rancangan Malayan Union, kesedaran orang Melayu semakin meningkat dengan memperjuangkan kemerdakaan negara dengan jelas dan lantang.
Tanggal 31 Ogos 1957 hasil perundingan yang berhemah antara pemimpin negara dengan kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Persoalan pula timbul ketika itu, bagaimana kerajaan mengisi kemerdekaan, kerana ada negara yang lebih memikirkan perubahan sistem pemerintahan dengan teori-teori dan ideologi tertentu setelah mencapai kemerdekaan.
Maka, berdasarkan pengalaman dan pengamatan, beberapa negara yang muncul pelbagai teori dan pandangan yang dikemukakan sehingga membangkitkan idealisme yang tidak memberi perhatian serius kepada realiti dan masalah yang benar-benar dihadapi oleh rakyat. Akibatnya, proses pengisian kemerdekaan itu tidak mendatangkan manfaat kepada negara dan rakyat.
Tetapi, hasil kebijaksanaan pemimpin negara pada waktu itu, mereka lebih menjuruskan kepada bagaimana hendak mengekalkan keamanan dan kerjasama antara kaum serta memajukan bangsa Melayu yang jauh ketinggalan dalam ekonomi.
Di samping mengekalkan kestabilan politik, mereka menggembleng usaha dengan menumpukan perhatian kepada pendidikan dan pelajaran seiring dengan membangunkan negara. Formula ini ternyata membuahkan hasil sebagaimana dilihat sekarang.
Semua hasil ini, melibatkan kesungguhan pemimpin-pemimpin negara memainkan peranan dan tugas masing-masing memacu tanah air ini dengan mementingkan perpaduan dan persefahaman antara kaum, pembahagian hak kepada yang berhak dan memakmurkan ekonomi masyarakat setempat.
Justeru itu, jika membicarakan soal kejayaan dan kecemerlangan, waima bidang sukan sekalipun, bersatu adalah resepi utamanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu umno dulu....

umno sekarang meletakkan wang sebagai matlamat.....

umnowang

Tanpa Nama berkata...

umno sekarang bukan umno sebenar. ia adalah umno baru.

TAHNIAH MALAYSIA, BERTUAH KAMI BERADA DI BUMI TERCINTA INI

TAHNIAH MALAYSIA, BERTUAH KAMI BERADA DI BUMI TERCINTA INI